Tuesday, January 11, 2011

Other Wadi :Versi - MLM (menipu dan ditipu).

pyramid scheme by bullshit MLM


Aku baru bangun setelah letih bermain badminton petang tadi. Terbangun sebab handset aku berbunyi.

A2 : Weh, ko ingat aku lagi tak?

Aku: Sapa aa?

A2 : Aku la, ******!!

Aku : Hoh! Lama tak dengar berita, ko ada sihat ka?

A2 : Aku sihat je. Ni aku call nak ajak ko join bisnes. Kawan aku dah masuk, sekarang pakai BMW 5 Series.

Aku : Tak Minat. gaji bulanan aku pun tak abis makan lagi.

A2 : Ni lain, bagus. Ni untuk ko juga ngan family ko. Bagi ko senang juga
Aku : TAK NAK!!! (Aku terus tutup)

Yearggghhhh!!!

Jantung aku yang tengah hibernasi tadi terus berdegup kencang. Aku rasa nak tendang sapa yang ada depan aku masa tu.

Sial. Ko kalau setakat nak call aku ajak masuk MLM. Ni aku nak cakap siap-siap.

SUCK MY BALL, asshole.

Ko kalau ada bisnes boleh kaya, ko tak call punya. Ko makan sendiri. Ko sembunyi-sembunyi supaya kurang persaingan. ko call aku suruh masuk supaya ko boleh makan duit aku. Makan komisen dari duit aku bayar konon join bisnes.

MLM memang tak pernah masuk dalam otak aku.

Ni aku bagi sedikit pengetahuan. Bukan observation aku. Understanding aku dalam skim MLM ni. Kalau salah, jangan saman. Ni untuk refresh otak aku takut kalau-kalau aku terlupa skim MLM ni.

1. Jual Barang.

MLM kalau ko translate ke bahasa MALAYSIA dia menjadi PEMASARAN PELBAGAI PERINGKAT
Apa yang dipasarkan? Barang yang dia jual bagi dekat ko masa ko bayar.

Peringkat tu apa? Peringkat tu adalah kau. Orang bawah ko, orang bawah ko punya bawah dan bawah-bawah-bawah lagi. Pelbagai peringkat la tu. Sampai jadi mangkuk tingkat.

Jadi kata senangnya, sapa yang join tu adalah pengguna. Ko di suruh beli barang yang ko tak perlu. Barang yang ko buat tukun dalam rumah. Buat tempat kumpul habuk. Tempat nyamuk AEDES membiak.
Ko masuk bayar RM 20 ribu, orang atas ko dapat komisen sebab bawa ko masuk. Orang atas ko punya atas dapat komisen juga. Orang atas ko punya atas punya atas dapat duit. Orang atas ko punya atas punya atas punya atas pun makan juga.

MAKAN DUIT KO. Kalau aku ikut maka MAKAN DUIT AKU JUGA.

Sebelum aku bagi orang lain makan duit aku untuk barang yang aku tak perlu. Maka aku TAK NAK MASUK.

2. Komisen

Ko dapat macam ni banyak untuk orang pertama ko bagi masuk. Ko dapat macam ni banyak untuk orang kedua bawah orang pertama ko. Ko dapat macam ni banyak untuk orang masuk bawah orang kedua bawah orang pertama.

Ko tau ko dapat apa?

Dapat duit orang-orang yang ko bagi masuk. Komisen. Komisen sebab ko bagi orang yang masuk bawah ko tu beli barang.

Orang yang masuk dapat apa?
Dapat barang yang dia tak perlu.

Kalau dia nak duit? Ko suruh dia cari orang lain masuk bawah dia. Supaya dia dapat duit dan ko dapat duit.

3. Harga Barang MLM

Ko tau tak barang yang ko kata power sangat tu mudah dapat di tempat lain. MUDAH dan MURAH. Tak percaya? Ko p GOOGLE dekat internet. Even BARANG ko yg kt dalam seluar tu pun ada kat GOOGLE jg.

Barang yang ko MLMkan tu dah mark-up harga. Harga dah letak tinggi.

Sebab?
Sebab nak bagi ko komisen, nak bagi orang atas ko komisen, nak bagi orang atas ko punya atas komisen, nak bagi orang atas ko punya atas punya atas komisen.

Kalau dia jual murah, sama harga. Dia nak bayar ko komisen macam mana? Sebab tu kalau nak join MLM kena bunyi ribu. Sebab barang tu dah di MARK-UP harganya. Atau dalam bahasa MALAYSIA, telah di naikkan harganya untuk bayar ko.
4. Orang yang promote

Macam Shilaka. Sembang tak ingat. Kaya tak ingat.

Orang tu dah pakai ni. Orang ni dah pakai itu. Kawan ko pakai itu. Kawan kepada kawan ko pakai ini.

Yang ko tu? Pakai la apa yang ada. Konon baru nak start.

Ha'ah. Start dengan aku la orang pertamanya. Lepas tu aku kemana, ko kemana.

Kata ni pelaburan. Pelaburan untuk masa depan.

Aku tak la pandai sangat tapi kalau pasal pelaburan. Aku rasa Unit Trust baik lagi. ASB lagi secure. Pasaran hartanah lagi macho. Main saham main board lagi kacak.

MLM? Wearghhh!! minta simpang malaikat 44.

Orang kata dekat aku. "Barang MLM ni senang jual, orang memang nak pakai". Ni aku bagi tau ko, aku ex-kerja KOPERASI, bisnes utama bagi pinjaman atau dalam bahasa MLM nya, jual duit tapi bayar ansurans. Ko rasa senang jual duit ke senang jual barang MLM ko tu?

aku geram nak mampus bila ada orang ajak aku join MLM shilaka ni. dari bio-aura nya, hinggalah ke rantai ajaib segala bagai. bio-aura tu klu ko join, dia akan bagi ko sepuluh balang bio-aura bukan? then sebelum ko masuk, dia cakap tak payah jual barang betul? habis tu 10 balang bio-aura tu ko nak buat apa? buat perhiasan? sebab tu iklan bio-aura kt tv hari tu cakap kolam ikan dia pun guna bio-aura! dah banyak sngt tak tau nk buat apa. nanti basuh kain guna bio-aura jg ye, sure sihat kain tu! aku tak faham kenapa anda tersangatlah stupid nk join benda ni.

nak tahu siapakah yg tergolong dalam kategori stupid tu? cikgu, nurse, dan kebanyakkanya pekerja kerajaan. sbb apa? sbb diorang senang sngt kena tipu, kena kencing, senang sngt terpedaya. kena pancing sikit ngan contoh2 palsu, dah terangkat punggung tu. dan satu lg diorang ni boleh buat loan dengan mudah!

Dari ko join orang masuk MLM. Ni aku bagi ko idea macam mana nak jadi tauke MLM.

Ko g Guanzhow, Republic of China cari barang murah.

Contoh, spender bagi "barang power". Tak kisah lelaki or perempuan.

Kenapa spender bagi "barang power"?

Sebab orang MALAYSIA terutama MELAYU cuma berminat kepada tiga perkara;

a. SEX

b. Cepat dan mudah KAYA

c. PANGKAT

Ni cara kira-kira dia.

Kata harga spender tu RM 10. Ko jual harga RM 55. Ada margin untung 450%.

Ko bagi orang yang pertama masuk bawah ko 60%. (Generasi 1)

Orang bawah ko punya bawah(generasi 2) ko bagi 30% kepada orang pertama masuk (Generasi 1).

Orang bawah ko punya bawah punya bawah(Generasi 3) ko bagi 20% kepada orang pertama(Generasi 1).

Orang bawah ko punya bawah punya bawah punya bawah (Generasi 4) ko bagi 10% kepada orang pertama(generasi 1).

Maka, Generasi pertama ko habis bayar komisen 120%
Generasi kedua ko abis 110%
Generasi ketiga ko abis 90%.
Generasi ke empat ko abis 60%.
Semua sekali ko abis bayar komisen 380%

Mark-up harga ko tadi, ada untung 450%. Tolak ko bayar komisen 380%.

Untung bersih dapat ke bank ko 70
Gila kaya ko.
Dah la dapat untung bersih 70%. Kerja takyah buat. Barang MLM ko pun canggih. Market banyak.
Kalau 1,000 orang masuk ko ada untung 70,000%.
Ko p tanya pakar ekonomi bumi sekalipun, garenti dia cakap "Untung 70,000% garenti ko masuk FORBES".
Dapat aku tulis apa?
Bagus.

Pegi la start MLM ko sendiri.

Ingat, JANGAN CALL aku pasal nak ajak masuk MLM. Kalau ko nak bagi aku duit, aku setuju. Subuh-subuh hari aku datang jumpa ko.

Nak suh aku silat pulut dulu pun boleh.



14 comments:

Unknown said...

hye wadi...MLM???i x percaya n x kan buat....

Aswadi Jawal said...

hi Femillea...
samalah kita, aku tak pecaya benda2 MLM mengarut ni.

Anonymous said...

nice2.

bidadari said...

salam kenal...

jom mai singgah my blog kalau sudi lah....
http://atehqshe.blogspot.com/

tq

NuSaNa NoSa 91 said...

MLM?? tu ada unsur2 riba, kn?? =.=

p/s: thanx ye sudi follow keen.. keen follow sini blek.. slmt berkenalan~~ ^_^

Cik SHiNJU said...

Ahaha...superb! :D

Siti Hajar Masri said...

sokong..x suka dgn bisnes mcm ni..saya tgk yang buat bisnes mlm ni kaya sekejap lps tu kayap..

apek poyo said...

gilo kau..kojo untung atas angin...mano ado kojo sonang nak jadi sonang...
den dah kono brp kali dah sbb layan kengkawan camni la...
buang maso...'X' bosa kat MLM

Aswadi Jawal said...

bidadari; dah tgk blog kamu. dah follow jg :)

Nusana; x sure jg ada riba ke tak. tima kaceh sudi follow

Aswadi Jawal said...

cik Shinju; thank you thank you. :)

Siti Hajar; tak penah lg tgk org kaya buat MLM ni. sia2 je pelaburan

Apek; betul2..nk kaya kerja keras, dan sedia utk gagal

Fazleeayu said...

thx sudi folloe..oredy folloe eu back :D

shahfri shpie said...

WAH WAH WAH...gempak kota ayt ko..haha...kalah pakar ekonomi ni...ahaha..bgus2...i loikeeeee..=)

Anonymous said...

skrg ni market target diorg di kalangan student...ntahpapepapentah.....

Suara Kalbu said...

Aswadi,
Akak suka entry ni. Sangat sangat suka. MLM tak pernah ada dalam kamus minda akak. Tak suka juga kalau org approach MLM dekat akak. Jadi kita sehati sejiwa disitu. Ahaks