Thursday, January 27, 2011

Real A.J: versi - kena rompak!

Assalamualaikum.
Salam hari khamis dan semoga hari ni kita semua diberkati olehNya...
Jumaat minggu lepas aku gi buat report kat balai, nak buat report kehilangan...
apa yg aku nk laporkan dan apa yang hilang?


malam sebelum kejadian berlaku tu, aku baru je belagak ngan member aku dengan mempertayangkan raket baru yg aku beli siang tu...so, saja nk belagak dan tunjuk act yg aku ada raket baru...raket tu takdelah mahal pun, harga sebenar rm250, tp oleh kerana stock lama, harga dah turun gi rm99...aku x kisah raket murah, koz aku main mcm Lin Dan, so guna raket 2 ringgit pun tetap handal juga... hari tu misbun ajak aku buat persahabatan ngan diorang di di bukit jalil...aku smash sekali, terdiam Lee Chong Wei... retak lantai court 6 di stadium tu gara2 smash aku laju sngt... sejak hari tu, diorang tak penah dah ajak aku main... :p


orait2, berbalik ke cerita asal... habis je main badminton malam tu, aku terus pulang rumah, tgk tv jap dan terus masuk bilik nk tidur... tp sebelum tidur, sempat lg aku online dan baca komik...dan selepas tu terlelap la aku sekitar 2.30am...kul 5 subuh aku dah bangun utk subuh, tp aku pelik sbb laptop aku yg kt atas kerusi depan katil aku dah takde...tp charger dan bateri dia ada...hmm, aku x peduli lg...maybe adik2 aku pinjam ataupun mcm mana & biarlah, nk sambung tidur...


kul 7 pagi lepas tu, aku tgk lg kat atas kerusi, mmg sah laptop aku takde dalam bilik...aku terus bangun dan mencari sekitar bilik, tp takde jg...turun gi bawah tanya mak dan adik2, diorang semua takde ambil pun...aku dah agak yg pencuri masuk bilik aku... maybe silap aku jg, koz aku tak penah pun tutup tingkap(sliding) kt bilik aku...dah la bilik aku yg paling depan sekali mengadap jalan...entah la, mmg benda dah nak terjadi kan...aku selalunya akan terjaga dengan sedikit bunyi pun...tp malam tadi tidak plak, aku tidur mati...
mmg salute ngan pencuri tu, dia boleh ambil jg barang2 aku meskipun jarak aku dari laptop tu hanya satu kaki je...dan bilik aku terletak di bilik atas, klu nk masuk tak ikut pintu bawah, means kena la panjat...


ohhh, aku terasa sangat lah terhina masa tu... boleh dia masuk bilik aku time aku ada kat dalam tu dengan jarak aku hanya sekaki je dari barang2 aku...aku dapat rasakan yang pencuri tu maybe sempat lagi menari shuffle depan aku...atau maybe juga pencuri tu sempat lagi begambar peace dengan aku yg tengah tidur...


bila check2 semula, antara barang yang hilang adalah laptop, mp4, dompet dan juga handphone...laptop dan mp4 aku tu baru pakai 2 bulan...dah la aku susah payah nak dapatkan benda tu, senang2 je kena curi...dompet aku plak ada i.c, kad bank, kad kredit, lesen memandu dan banyak lagi personal stuff kat dalam tu...nak urus balik semua tu mmg teramat lah payah...handphone yang aku sayang gilak tu dah pakai agak lama, masa tu beli harga rm1900...biarpun dah lama, tp aku syg hp tu...banyak tempat dah dia pegi ngan aku dan banyak benda yg berlaku terhadap aku dia jadi saksi...sungguh kejam dirimu wahai pencuri. bila calculate semula, total lost aku sekitar 4k jgk...huuu 


Alhamdulillah semalam semua urusan aku utk kad bank, i.c ngan lesen dah settle... tapi mmg sngt mencabar urusan tu semua, namun aku tetap maintain kacak walaupun i.c sementara aku ni besar gila bagai kad manila dilipat2 kecik masuk dalam dompet...
perkara tu dah seminggu berlalu, tapi aku masih lagi terkenang2 barang yg hilang tu...ohh, encik.polis, semoga korang dapat mempertemukan semula barang ku itu dengan diriku... 


tadi aku baru je habis hantar member airport, dia nak pegi kota kinabalu utk melangsungkan perkahwinan sabtu ni...really sorry Fazly, tak dapat nak menghadirkan diri ke majlis perkahwinan mu disebabkan masalah yg sangat tak dapat dielakkan...semoga ko dengan pasanganmu berbahagia hingga ke akhir hayat.Amin... kat airport time dia check in td, teringat plak aku peristiwa bongok yg berlaku keatas diriku bulan doblas lepas...


masa tu aku nak pegi pegi k.l atas urusan bumi... ada 5 kaunter di buka masa tu, 3 kaunter panjang gila org berbaris, tp 2 kaunter ada sorang je...so, aku pun pegilah kat belakang macik yg berbaris tu utk check in...masa tu aku nak check in satu kotak berisi berlian (jgn tnya apa isi kotak tu keh) dan juga joran aku yg aku bungkus guna surat khabar je... bila sampai giliran aku, aku pun naikkanlah kotak dan juga joran kat benda timbangan tu...


abg tu  : dik, joran ni bungkus macam ni je ke? tempat dia takde?
aku     : ya, mcm tu je bang...hari tu pun penah bawa, bungkus gitu je, takde hal pun...diorang letak tanda FRAGILE...
abg tu  : bukan apa dik, walaupun letak FRAGILE, kalau patah kiteorang tak ganti
aku     : mcm tu...jd nk buat mcm mana, dah sampai sini... biarlah bang, klu patah takpelah
abg tu  : baiklah klu kamu cakap mcm tu... bagi i.c dik


abg tu buat muka confuse...dia mcm tercari2 nama aku kat sistem


abg tu : betul ke flight adik kul 6 petang? takde pun dalam sistem...air asia ye dik?
aku    : yep, air asia...
abg tu : sini MAS dik, sebelah yg ramai org tu air asia!


malu? tak, aku tak malu...tak malu...sangat tak malu...tak malu langsunggg! terasa mcm muka ku berubah jadi mop lantai je pada masa tu...hoho, sungguh bongok diriku sbb x perasan yg tu adalah kaunter MAS...
adik aku yg masa tu hantar aku & sambil2 join aku check in td terus cakap 'kalau miskin tu sedar la diri naik air asia'... klu aku tampar adik aku ni, gerenti dia lupa jalan pulang...

Thursday, January 20, 2011

Real A.J: versi - Cikgu.Aswadi atau Encik.Aswadi?

Assalamualaikum..
di harap anda semua dalam keadaan sihat.
aku sentiasa sihat dan kacak je kat sini, so no worry dan klu anda rasa nk kirim wang kt sy, sila2 lah email ye.


bulan 11 2010 lepas aku ada pegi ambil MTEST. MTEST ni diadakan utk ex-mahasiswa yg ada degree apply masuk Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI). aku tak tau pun mtest ni wujud hinggaah member aku call cakap yg nama aku ada tersenarai. then aku pun yg baru bangun masa tu dan tak mandi klu x silap, trus gi ambik MTEST kt sebuah sekolah. tgk kepada soalan, dalam hati ni berkata 'xda yg lebih susah ka'. hoho, gila belagak aku masa tu.


then bulan doblas tu, result keluar...dan tahniah kepadaku koz berjaya dipanggil utk interview. masa aku datang interview, aku drive keta...sampai je aku kt pintu pagar maktab tu, pak guard tu pun tegur aku. ' you're look so awesome bro, so handsome'... tak, aku tipu. dia cakap 'nak gi mana ni dik? 'nak gi Interview KPLI bang, arah mana ye?'. belok kiri, belok kiri lg, bla bla bla. 


sampai je bilik temuduga, aku dah kecut...ntah dari mana rasa nak berak ni datang, huh! tp aku kemut sekuat hatiku hingga tak jadi "dia"keluar. interview ni ada 3 stage... Exam esei, interview berkumpulan dan juga interview individu...dan rasanya semua aku jawab dengan okey je...selepas interview tu, aku bedebar gilak tunggu result keluar. 


hari isnin lepas result dah keluar. aku yg dengan perasaan bercampur2 ni pun buka laman web MOE nk check...lepas masukkan ic.number, maka keluar la result dia...tq2, mesti anda semua ucapkan tahniah kat aku...hehe
aku tak dapat lah, so simpan jelah ucapan tahniah korang tu...hmm, frust giler tak terkata aku masa tu.


aku ingat tahun ni aku dah jadi cikgu. tgk2 takde rezeki plak...apa nk buat, sometimes apa yg kita nakkan kt dalam hidup ni kita takkan dapat. or maybe utk jadi cikgu ni aku kena cuba di lain kali. so, takdelah Cikgu Aswadi. yg ada hanyalah Encik.Aswadi. next week aku dah bertukar arah @ fly ke destinasi seterusnya utk menjadi En.Aswadi.


wish me luck. :)


last week aku pegi main badminton ngan member aku. habis je main, kiteorang lepak2 di satu kedai jawa ni...disebabkan aku ni kacak, maka macik tu kenal la ngan aku...kt kedai ni ada wifi, so member aku pun online la guna notebook dia...'mcm haram wifinya wadi, slow nk mampus' member aku cakap dengan suara yg aku rasa lapan batu pun org bleh dengar, apatah lg macik kedai ni...masa tu tak ramai org jg...aku dgn 2 org member aku tu dah sepakat nk makan nasi ayam.


so aku pun cakap kt macik tu, yg masa tu ada kt tempat lauk... 
aku   : mck, nasi ayam 3
mck   : nasi ayam dah habis
aku   : klu gitu, bagi sup ayam lah
mck   : sup ayam pun sama
kwn.a : puki ayam betul, nak makan apa klu mcm ni?
mck   : puki ayam pun habis juga


??????...marah betul mck ni kiteorang kutuk wifi dia... dan utk mengelakkan kiteorang kena baling pisau daging, kiteorang pun blah diam2...gi makan kt tempat lain plak.



Tuesday, January 11, 2011

Other Wadi :Versi - MLM (menipu dan ditipu).

pyramid scheme by bullshit MLM


Aku baru bangun setelah letih bermain badminton petang tadi. Terbangun sebab handset aku berbunyi.

A2 : Weh, ko ingat aku lagi tak?

Aku: Sapa aa?

A2 : Aku la, ******!!

Aku : Hoh! Lama tak dengar berita, ko ada sihat ka?

A2 : Aku sihat je. Ni aku call nak ajak ko join bisnes. Kawan aku dah masuk, sekarang pakai BMW 5 Series.

Aku : Tak Minat. gaji bulanan aku pun tak abis makan lagi.

A2 : Ni lain, bagus. Ni untuk ko juga ngan family ko. Bagi ko senang juga
Aku : TAK NAK!!! (Aku terus tutup)

Yearggghhhh!!!

Jantung aku yang tengah hibernasi tadi terus berdegup kencang. Aku rasa nak tendang sapa yang ada depan aku masa tu.

Sial. Ko kalau setakat nak call aku ajak masuk MLM. Ni aku nak cakap siap-siap.

SUCK MY BALL, asshole.

Ko kalau ada bisnes boleh kaya, ko tak call punya. Ko makan sendiri. Ko sembunyi-sembunyi supaya kurang persaingan. ko call aku suruh masuk supaya ko boleh makan duit aku. Makan komisen dari duit aku bayar konon join bisnes.

MLM memang tak pernah masuk dalam otak aku.

Ni aku bagi sedikit pengetahuan. Bukan observation aku. Understanding aku dalam skim MLM ni. Kalau salah, jangan saman. Ni untuk refresh otak aku takut kalau-kalau aku terlupa skim MLM ni.

1. Jual Barang.

MLM kalau ko translate ke bahasa MALAYSIA dia menjadi PEMASARAN PELBAGAI PERINGKAT
Apa yang dipasarkan? Barang yang dia jual bagi dekat ko masa ko bayar.

Peringkat tu apa? Peringkat tu adalah kau. Orang bawah ko, orang bawah ko punya bawah dan bawah-bawah-bawah lagi. Pelbagai peringkat la tu. Sampai jadi mangkuk tingkat.

Jadi kata senangnya, sapa yang join tu adalah pengguna. Ko di suruh beli barang yang ko tak perlu. Barang yang ko buat tukun dalam rumah. Buat tempat kumpul habuk. Tempat nyamuk AEDES membiak.
Ko masuk bayar RM 20 ribu, orang atas ko dapat komisen sebab bawa ko masuk. Orang atas ko punya atas dapat komisen juga. Orang atas ko punya atas punya atas dapat duit. Orang atas ko punya atas punya atas punya atas pun makan juga.

MAKAN DUIT KO. Kalau aku ikut maka MAKAN DUIT AKU JUGA.

Sebelum aku bagi orang lain makan duit aku untuk barang yang aku tak perlu. Maka aku TAK NAK MASUK.

2. Komisen

Ko dapat macam ni banyak untuk orang pertama ko bagi masuk. Ko dapat macam ni banyak untuk orang kedua bawah orang pertama ko. Ko dapat macam ni banyak untuk orang masuk bawah orang kedua bawah orang pertama.

Ko tau ko dapat apa?

Dapat duit orang-orang yang ko bagi masuk. Komisen. Komisen sebab ko bagi orang yang masuk bawah ko tu beli barang.

Orang yang masuk dapat apa?
Dapat barang yang dia tak perlu.

Kalau dia nak duit? Ko suruh dia cari orang lain masuk bawah dia. Supaya dia dapat duit dan ko dapat duit.

3. Harga Barang MLM

Ko tau tak barang yang ko kata power sangat tu mudah dapat di tempat lain. MUDAH dan MURAH. Tak percaya? Ko p GOOGLE dekat internet. Even BARANG ko yg kt dalam seluar tu pun ada kat GOOGLE jg.

Barang yang ko MLMkan tu dah mark-up harga. Harga dah letak tinggi.

Sebab?
Sebab nak bagi ko komisen, nak bagi orang atas ko komisen, nak bagi orang atas ko punya atas komisen, nak bagi orang atas ko punya atas punya atas komisen.

Kalau dia jual murah, sama harga. Dia nak bayar ko komisen macam mana? Sebab tu kalau nak join MLM kena bunyi ribu. Sebab barang tu dah di MARK-UP harganya. Atau dalam bahasa MALAYSIA, telah di naikkan harganya untuk bayar ko.
4. Orang yang promote

Macam Shilaka. Sembang tak ingat. Kaya tak ingat.

Orang tu dah pakai ni. Orang ni dah pakai itu. Kawan ko pakai itu. Kawan kepada kawan ko pakai ini.

Yang ko tu? Pakai la apa yang ada. Konon baru nak start.

Ha'ah. Start dengan aku la orang pertamanya. Lepas tu aku kemana, ko kemana.

Kata ni pelaburan. Pelaburan untuk masa depan.

Aku tak la pandai sangat tapi kalau pasal pelaburan. Aku rasa Unit Trust baik lagi. ASB lagi secure. Pasaran hartanah lagi macho. Main saham main board lagi kacak.

MLM? Wearghhh!! minta simpang malaikat 44.

Orang kata dekat aku. "Barang MLM ni senang jual, orang memang nak pakai". Ni aku bagi tau ko, aku ex-kerja KOPERASI, bisnes utama bagi pinjaman atau dalam bahasa MLM nya, jual duit tapi bayar ansurans. Ko rasa senang jual duit ke senang jual barang MLM ko tu?

aku geram nak mampus bila ada orang ajak aku join MLM shilaka ni. dari bio-aura nya, hinggalah ke rantai ajaib segala bagai. bio-aura tu klu ko join, dia akan bagi ko sepuluh balang bio-aura bukan? then sebelum ko masuk, dia cakap tak payah jual barang betul? habis tu 10 balang bio-aura tu ko nak buat apa? buat perhiasan? sebab tu iklan bio-aura kt tv hari tu cakap kolam ikan dia pun guna bio-aura! dah banyak sngt tak tau nk buat apa. nanti basuh kain guna bio-aura jg ye, sure sihat kain tu! aku tak faham kenapa anda tersangatlah stupid nk join benda ni.

nak tahu siapakah yg tergolong dalam kategori stupid tu? cikgu, nurse, dan kebanyakkanya pekerja kerajaan. sbb apa? sbb diorang senang sngt kena tipu, kena kencing, senang sngt terpedaya. kena pancing sikit ngan contoh2 palsu, dah terangkat punggung tu. dan satu lg diorang ni boleh buat loan dengan mudah!

Dari ko join orang masuk MLM. Ni aku bagi ko idea macam mana nak jadi tauke MLM.

Ko g Guanzhow, Republic of China cari barang murah.

Contoh, spender bagi "barang power". Tak kisah lelaki or perempuan.

Kenapa spender bagi "barang power"?

Sebab orang MALAYSIA terutama MELAYU cuma berminat kepada tiga perkara;

a. SEX

b. Cepat dan mudah KAYA

c. PANGKAT

Ni cara kira-kira dia.

Kata harga spender tu RM 10. Ko jual harga RM 55. Ada margin untung 450%.

Ko bagi orang yang pertama masuk bawah ko 60%. (Generasi 1)

Orang bawah ko punya bawah(generasi 2) ko bagi 30% kepada orang pertama masuk (Generasi 1).

Orang bawah ko punya bawah punya bawah(Generasi 3) ko bagi 20% kepada orang pertama(Generasi 1).

Orang bawah ko punya bawah punya bawah punya bawah (Generasi 4) ko bagi 10% kepada orang pertama(generasi 1).

Maka, Generasi pertama ko habis bayar komisen 120%
Generasi kedua ko abis 110%
Generasi ketiga ko abis 90%.
Generasi ke empat ko abis 60%.
Semua sekali ko abis bayar komisen 380%

Mark-up harga ko tadi, ada untung 450%. Tolak ko bayar komisen 380%.

Untung bersih dapat ke bank ko 70
Gila kaya ko.
Dah la dapat untung bersih 70%. Kerja takyah buat. Barang MLM ko pun canggih. Market banyak.
Kalau 1,000 orang masuk ko ada untung 70,000%.
Ko p tanya pakar ekonomi bumi sekalipun, garenti dia cakap "Untung 70,000% garenti ko masuk FORBES".
Dapat aku tulis apa?
Bagus.

Pegi la start MLM ko sendiri.

Ingat, JANGAN CALL aku pasal nak ajak masuk MLM. Kalau ko nak bagi aku duit, aku setuju. Subuh-subuh hari aku datang jumpa ko.

Nak suh aku silat pulut dulu pun boleh.



Wednesday, January 5, 2011

The Introduction of me & welcome 2011

hoi hoi ya hoi, aku lah si kacak...hoi ya hoi kiut lagi miut, serta genius. upsss, panjang giler intro aku ni.


orait, ni first entry aku utk blog aku yg agak2 dapat membuatkn aku memiliki Skyline GTR mahupun Nissan FairLady, itu pun jika AdSense dan jg Nuffnang nk bg aku duit free...before this aku ada blog jg, tp private tak nk bagi tgk org lain...dan oleh kerana terdapat permintaan agar aku buat blog utk public, so aku pun realisasikn impian mereka yg berwajah hodoh dan buruk itu...


okey, dalam entry ni biar aku intro sikit tentang diriku.


1. nama aku Aswadi Jawal, boleh panggil aku wadi atau brad pitt atau pun nama2 org yg sekacak diriku...ngeh ngeh


2. tinggi 197cm. tak, aku tipu..tinggi aku 173 cm dan berat x disebutkn...(ko poliskah?semua mo tau)wekk!


3. ex mahasiswa di Universiti tempatan, ex high school yg x terkenal pun tp sekolah tu tiap hari beri wang rm500 sbb hadir kesekolah...nk juga masuk sekolah tu? xperlulah, aku melayu, bila ada kesenangan mana mau kongsi. standardlah makan sendiri


4. IQ jgn sebutlah, mmg super ultra genius...cuma rendah 3 point je dari Einstein. merupakan pengerusi Mensa International bagi 9 tahun berturut2.


5. LHDN tiap tahun kejar aku suruh bayar cukai sejumlah RM 7juta. so korang bleh calculate sendiri wang aku kt dalam bank (imaginasi shj)


6. still single tp sedang bercinta dengan Miley Cyrus...dan aku tahu anda pasti teramat jeles...hoho


7. malas makan sbb tu tubuh ramping dan juga slim hinggakan London Weight Management hampir bankruptcy (xda kaitan).


8. obses nk menjadi seorang peniaga yg kaya raya tp tak berapa nak kaya skrng sbb x benda nak diniagakan. tp takpe, di lain hari aku sure kaya jg...x kaya duit, boleh kaya anak..hehe, hbs lah ko wahai bakal isteriku jadi kilang anak (aset2)...


9. azam tahun baru utk 2011 ni = semoga nasib ku utk tahun 2009&2010 berubah.


10.kalau kebanyakan member aku teringin ke United states atau ke Europe, aku tak hingin tu semua koz aku dah pegi(imaginasi aku je)...aku teringin ke Jepun, nk join pirate crew kartun One Piece. dan yg paling penting dapatkn kiss daripada Maria Ozawa...ohh tenangnya diriku, hoho...


11.aku ada sertakan facebook badge kat sebelah tu utk korang view fb aku...tp jgn ada hati nk add koz aku takkan approve kecuali korang kirimkn aku wang...dah la x kiut, pipi tersorong sorong, lg nak add aku...wekk


dan itu lah sedikit sebanyak ttg diriku yg kiut ini. klu korang nk tahu lebih lanjut ttg diriku, do ask Miley Cyrus..she know me very well :p


mula dari detik dan saat ini, aku akan rajinkn diri mengupdate blog aku ni walaupun sebulan 1 enty...hehe, sngtlah rajin kn? tq2.
dan yg paling penting nk gtau kt sini, semua entry dan penulisan dalam blog aku ni kebanyakkannya tipu dan x betul...dah namanya pun the other Aswadi. so, korang jgn lah jadi stupid dumb2 gi copy penulisan dalam blog ni...klu ada pihak atau pun korang yg terasa, jgn saman aku ye, aku ni dah la miskin tp kacak lg kiut dan hensem...kalau nak aku bayar saman korang guna kekacakan aku ni, takpe jg...koz ianya takkan habis klu setakat nk bayar korang :p.


jgn nak mengada nk kondem aku kt blog ni...korang bukannya hebat pun nk kondem aku...apa aku nak cakap suke hati aku lah, tak suruh pun korang baca...lg pun aku dah hidup 26 tahun tanpa kondem korang pun, tetap jg kacak dan bergaya.


dont waste your life with listen to others condemn and critics.


May ALLAH bless me.